HASRAT seorang lelaki untuk menyamun tidak kesampaian apabila dia tersalah memilih sasaran. Menerusi kejadian di Chicago, lelaki itu cuba menyamun seorang wanita yang dikenali sebagaii Claire Quinn. Siapa sangka wanita itu merupakan seorang petinju. Dengan kemahiran yang dimiliki, dia menendang suspek di bahagian kemaluannya. Ia menyebabkan lelaki itu berlari meninggalkan Quinn dalam keadaaan sakit. Quinn juga berjaya menyelamatkan kad kredit dan telefon miliknya. - Daily Star.