suria

Pekerja mengaku rempuh pintu hotel gara-gara majikan enggan bayar gaji

John mengaku atas perbuatan itu sewaktu dibicarakan di mahkamah.

SEORANG pekerja menyerang hotel dengan menaiki traktor akibat tidak dibayar gaji oleh majikannya.

Menerusi kejadian itu, John Manley, 35, merempuh pintu kaca hotel berkenaan.

"Ini yang berlaku apabila pekerja tidak dibayar gaji," kedengaran satu suara lelaki dalam rakaman itu.

Tindakan berkenaan menyebabkan berlakunya kerosakan dalaman di premis hotel tersebut.

Menurut saksi, kejadian itu yang berlaku sekitar Krismas tahun lalu. Ia  terjadi sekitar 20 hingga 30 minit.

John mengaku atas kesalahan itu sewaktu dibicarakan di Mahkamah Crown Court, Liverpool. - The Star.

pekerja, majikan, gaji, hotel

Artikel Lain