SEORANG ibu bertindak kejam apabila menyuntik dadah pada bayinya sehingga mati, sebelum menyembunyikan mayat anaknya di dalam peti sejuk kerana bau busuk. Amanda Oakes, 36, bertindak memberikan dadah dos berlebihan kepada anak lelakinya dan kemudian menyembunyikan mayat anaknya itu di dalam peti ais hotel. Dia kemudian beredar dari hotel tersebut. Bagaimanapun, kakitangan di hotel di Dothan, Alabama di Amerika Syarikat membuat penemuan yang mengerikan itu dan menghubungi pihak berkuasa, dalam kejadian pada Jun tahun lepas. Menerusi pendengaran mahkamah pada Selasa, Oakes mengaku pembunuhan itu dan mengakui dirinya di bawah pengaruh dadah ketika bayi itu meninggal dunia. Ibu durjana itu dihukum penjara selama 99 tahun. - Mirror UK