suria

Wanita ditembak mati suami di luar mahkamah selepas bebas hukuman penjara kerana jalin hubungan sulit

Seorang wanita ditembak mati oleh suaminya di luar mahkamah penceraian. Gambar sekadar hiasan

SEORANG wanita ditembak mati oleh suaminya di Kurdistan Iraq selepas dipenjarakan.

Wanita itu, menghabiskan masa selama satu setengah tahun di penjara setelah didapati bersalah menjalinkan hubungan sulit.

Pasangan itu memfailkan perceraian sebaik wanita berkenaan dibebaskan.

Pada Ahad, selepas sesi penceraian keempat, suami menggunakan senjata di tempat letak kereta Mahkamah Undang-undang Erbil di Wilayah Kurdistan.

Ketua Jabatan Polis Erbil, Abdul Khaliq Talaat berkata, suspek ditahan di tempat kejadian dan didakwa membunuh.

"Siasatan awal bersama suami mangsa mendapati punca masalah bermula pada 2018 apabila wanita itu ditahan dan dihukum penjara sehingga April 2019 kerana hubungan sulit," katanya kepada Kurdistan 24. - Mirror UK

cerai

Artikel Lain