suria

Bapa jual anak RM42,076, pembeli pula didakwa menculik

Nancy (kiri) didakwa menculik Nalani pada Sabtu lalu.

SEORANG wanita yang didakwa menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun memberitahu bapa kanak-kanak itu menjual anaknya pada harga AS$10,000 (RM42,076).

Sharena Islam Nancy, 25, didakwa menculik Nalani Johnson yang hilang di Penn Hills, Pennyslvania pada Sabtu.

Bapa Nalani, Paul Johnson memberitahu Nancy menumpangkan dia, anaknya dan juga seorang rakan tetapi mendakwa wanita itu melarikan Nalani ketika dia cuba mengeluarkan kerusi bayi dari kereta tersebut.

Jonhson memberitahu polis bahawa anak perempuannya telah diculik.

Polis menahan Nancy beberapa jam kemudian walaupun Nalani dan kerusi bayi kanak-kanak itu tiada di dalam keretanya.

Polis dan FBI menyoal siasat Nancy selepas penahanannya dengan mendakwa Jonhson menjual anaknya pada harga AS$10,000 (RM42,076), lapor The Pocono Record.

Nancy memberitahu penyiasat bahawa Johnson memintanya untuk membawa Nalani menaiki kereta selama 20 minit sehingga seorang wanita memberi isyarat kepadanya supaya berhenti.

Malah Nancy mendakwa dia sepatutnya menyerahkan Nalani kepada wanita tersebut. - Metro.co.uk

culik, jual anak, Nalani Johnson

Artikel Lain