suria

Anggota polis beli saluran porno semasa bertugas, guna akaun bapa kematian anak

Gambar fail PC Avi Maharaj. Foto PA

SEORANG anggota polis didapati bersalah kerana membeli saluran pornografi, semasa bertugas.

Malah, dia juga membuat pembayaran menggunakan akaun TV milik bapa kepada seorang kanak-kanak yang meninggal dunia, di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, PC Avi Maharaj, 44, berada di sebuah kediaman di selatan London, United Kingdom pada Februari 2018 semasa membuat pembelian akses kepada saluran lucah itu, menggunakan akaun pemilik rumah berkenaan.

Pemilik rumah telah meninggalkan kediamannya, dan anggota polis menunggu semasa seorang penjaga tiba.

Orang awam kemudian membuat aduan rasmi berhubung perkara itu.

Maharaj dipenjara selama setahun di Mahkamah Southwark Crown. - Mirror UK


PC Avi Maharaj, lucah, pornografi

Artikel Lain