suria

Ibu dua anak terkejut pam susu keluar darah, ketulan

Penggunaan pam yang salah menyebabkan kapilari di payudara pecah.

BERGELAR ibu bukanlah satu perkara mudah kerana ada banyak perkara yang harus dipelajari tentang bayi dan penjagaannya.

Kebanyakan ibu sering berunding dengan doktor, merujuk buku atau bertanya kepada ibu-ibu yang lebih berpengalaman yang dapat membimbing mereka tentang apa yang patut atau tidak patut dibuat.

Tetapi ada juga yang memilih untuk mengikut cara dan pemahaman mereka sendiri.

Baru-baru ini, seorang pelakon Thailand berusia 39 tahun memuat naik video menunjukkan susu berwarna merah dalam botol pam susu dan foto darah beku di Instagramnya @ppanward.

Penggunaan pam yang betul menghasilkan susu yang sepatutnya.

Dia menulis kapsyen: “Kenapa ada darah beku yang keluar?”

Sesetengah pengikutnya berkata mereka juga menghadapi masalah yang sama sebelum ini, sementara yang lain terkejut dan mendesaknya untuk berjumpa doktor.

Ibu kepada seorang anak lelaki dan perempuan itu diberitahu oleh doktor bahawa dia telah menggunakan pam payudara secara salah.

Menurut doktor, tahap sedutan pam itu terlalu kuat menyebabkan kapilari di payudaranya pecah dan putingnya merekah. Akibatnya, darah dari kapilari yang rosak kemudian bocor ke dalam susu ibu.

“Saya salah sangka bahawa mengepam dengan tekanan terkuat akan mengeluarkan susu dengan lebih berkesan dan cepat bagi mencegah daripada tersumbat.

"Saya cuba tahan kesakitan, memikirkan bahawa ia normal. Tetapi sekarang saya tahu bahawa tak perlu buat begitu. Saya harus mengakui walaupun saya seorang ibu kepada dua anak, masih ada banyak perkara yang saya tidak tahu lagi,” katanya.

Setelah berunding dengan doktornya, dia yakin dapat terus mengepam susu badan kerana ia bukan masalah yang serius. Dia kemudian berkongsi di media sosial tentang pengalamannya menyusu. -World of Buzz

darah, susu ibu, pam, tekanan, menyusu

Artikel Lain