suria

Ibu terkejut anak lelaki hilang dua tahun muncul menerusi 'surat'

O'Neill dilaporkan hilang tiga hari sebelum perayaan Krismas 2017.

SEBUAH keluarga menarik nafas lega dan seperti  ‘hidup’ kembali selepas menerima sepucuk surat dari anak lelakinya yang hilang sejak dua tahun lalu.

Marie Kinloch,51, dari Renfewshire, Scotland memberitahu anak lelakinya Johnalexande O’Neill,33, telah menulis surat kepada bapanya.

Dia yakin surat yang diterimanya itu daripada O’Neill.

O’Neill dilaporkan hilang tiga hari sebelum sambutan perayaan Krismas 2017 dan sejak itu Marie hidup dalam kesedihan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari O'Neill namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Namun kini Marie menganggap semua kesedihannnya sebelum ini hilang apabila mengetahui Johnalexande atau dikenali JA di kalangan rakan-rakannya telah menghubungi keluarga.

“Saya tidak percaya dan masih terkejut.

“Anak perempuan saya Charlene datang ke rumah dan memegang sepucuk surat.

“Dia melihat saya sambil tersenyum. Saya tanya ‘ia dari JA’ dan anak saya angguk.

“Surat itu diberi kepada bapanya Ricky. Saya turut membacanya berkali-kali,” jelasnya.

Difahamkan O’Neill tinggal di Suffolk namun tidak dilihat sejak dia hilang pada Desember 2017. – dailymail.co.uk

Anak hilang, dua tahun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain