suria

Gadis sanggup pinjam duit untuk klon anjing kesayangan

Prosedur mengklon anjing lebih mahal kerana lebih sukar.

SEORANG gadis sanggup meminjam wang sebanyak 28,000 pound sterling (RM144, 559) daripada ibu bapanya untuk mengklonkan anjing kesayangannya dipanggil Xiaodi.

Xiaodi mati semasa dibawanya belajar di United Kingdom pada April 2013.

Hui Hui, 24, dari Hangzhou membelanjakan sekitar 230 pound sterling untuk proses pengebumian anjingnya itu.

Namun dia merancang untuk membayar balik wang dipinjamnya untuk proses pengklonan anjingnya itu dalam tempoh empat tahun lagi.

Tindakan Hui Hui bagaimanapun amat mengejutkan kedua ibu bapanya.

"Saya tidak terlalu kaya dan biasa hidup berjimat-cermat. Apabila anjing saya, Xiaodi mati, kami tidak melakukan sebarang upacara untuknya," kata Hui Hui.

Xiaodi mati pada musim panas 2013.

Naib Presiden Sinogene (makmal pengklonan yang berpangkalan di Beijing), Zhao Jianping berkata klon Xiaodi dijangka lahir bulan depan.

Difahamkan syarikat tersebut mengenakan bayaran sehingga ratusan ribu ringgit untuk prosedur mengklonkan haiwan yang sudah mati.

Prosedur itu bertujuan membolehkan haiwan tiruan itu hidup berdekad lamanya bersama tuan mereka.

Sinogene mendedahkan telah mengklon anak kucing pertama di negara itu yang dipanggil Garlic yang dilahirkan pada 21 Julai lalu.

Pemilik Garlic, Huang Yu sanggup membayar prosedur itu selepas tidak dapat menerima pemergian haiwan kesayangannya itu.

Singone mengenakan bayaran sekitar 28,600 pound sterling (RM147, 657) untuk mengklon anak kucingnya manakala seekor anjing pula pada harga 43,500 pound sterling (RM224, 583).

Ketua Eksekutif Sinogene, Mi Jidong sebelum ini menegaskan kos mengklon anjing lebih mahal kerana prosesnya lebih sukar. - Metro.co.uk

klon, anjing

Artikel Sebelum

Artikel Lain