suria

Ibu kantoi sembunyi mayat anak maut terminum pencuci tandas dalam almari

Torres mendakwa anaknya maut akibat minum pencuci tandas.

SEORANG wanita menyembunyikan mayat anak perempuannya berusia lima tahun di dalam sebuah almari baju selepas kanak-kanak itu maut akibat terminum cecair pencuci tandas.

Priscilla Torres, 27, didakwa pada Selasa kerana mengubah bukti selepas dia didakwa menyembunyikan mayat anaknya, Sierra Patino.

Mayat Patino ditemui di dalam sebuah almari kediaman mereka di Houstan, Texas hampir seminggu lamanya.

Pada Selasa, Torres berkata Sierra maut selepas minum cecair pencuci tandas tetapi mengubah keterangannya dengan menyalahkan kekasihnya bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Torres berkata kekasihnya memandikan Sierra ketika dia memasak untuk makan malam pada 23 Ogos lalu.

Wanita itu berkata dia menemui badan anaknya melecur akibat bahan kimia tersebut.

Dia turut menjaga anaknya itu dan tidak menghantarnya ke hospital kerana bimbang Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak akan membawa pergi anaknya itu.

Malah Torres mendakwa Sierra maut pada 27 Ogos lalu selepas tidak berupaya untuk makan dan berdiri sendiri selama beberapa hari.

Torres kemudian memberitahu dia membungkus mayat anaknya itu di dalam selimut dan menyembunyikannya di dalam almari kerana 'enggan melepaskan anaknya itu.' - Metro.co.uk

Artikel Lain