suria

Wanita 74 tahun jadi ibu tertua di dunia, selepas lahirkan bayi kembar menerusi IVF

Erramatti (kanan) dan suami, Raja Rao dikurniakan anak kembar menerusi kaedah IVF. Foto Newslions Media / MEGA

SEORANG wanita berusia 74 tahun dianggap sebagai ibu yang tertua di dunia selepas melahirkan anak kembar, menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF).

Erramatti Mangayamma melahirkan seorang anak perempuan yang sihat, disaksikan oleh suaminya, Raja Rao, 78.

Wanita yang berasal dari Andhra Pradesh, India itu hamil selepas beralih kepada rawatan secara IVF.

Erramatti berkata, dia mendapat inspirasi untuk cuba hamil bersama suaminya yang dikahwininya selama 57 tahun, selepas seorang jiran mengandung pada umur 55 tahun.

Pesara itu memberitahu bahawa dia menjalani tempoh menopaus 30 tahun lalu, dipercayai mengatasi pemegang rekod semasa untuk ibu tertua, yang sebelum ini dipegang oleh Maria del Carmen Bousada de Lara. - Mirror UK

ibu, hamil, IVF, menopaus

Artikel Lain