suria

Cemas pintu gerabak terbuka ketika tren penumpang bergerak laju selama 23 minit

Cawangan Siasatan Kemalangan Rel (RAIB) berkongsi imej tren dengan pintu terbuka. Foto PA

SEKUMPULAN penumpang melalui pengalaman yang mengerikan apabila terpaksa menaiki sebuah tren bergerak laju dengan pintu gerabak terbuka.

Tren tersebut bergerak sejauh 26 kilometer selama 23 minit dengan kelajuan 13 kilometer sejam.

Sekeping gambar menunjukkan gerabak tren Greater Anglia semasa menghala dari London Liverpool Street ke Southendm Essex di United Kingdom.

Kejadian yang berlaku pada 22 Ogos lalu itu dikritik kerana ia membahayakan penumpang, dan siasatan akan dijalankan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut. - Mirror UK

tren

Artikel Lain