suria

Gadis 'Shrek' jadi bahan jenaka selepas tidak dimaklum tema parti dibatal

Zoe menjadi bahan jenaka gara-gara menjadi 'shrek'. Foto Deadline

SEORANG wanita menjadi bahan jenaka selepas hadir ke sebuah parti dengan memakai kostum seperti watak kartun Shrek.

Dia bagaimanapun tidak diberitahu bahawa malam bertemakan pakaian yang berimaginasi dibatalkan.

Wajah Zoe Guest pastinya kelihatan merah padam menahan malu, tetapi cat warna hijau yang tebal untuk menonjolkannya sebagai Shrek, berjaya menyembunyikannya.

Kejadian berlaku di Birmingham di United Kingdom.

Perubahan tema dibatalkan selepas salah seorang ahli kumpulan berdepan dengan masalah kostum Spiderman, dan meminta supaya tema itu dibatalkan.

Malangnya, tiada seorang pun sanggup memaklumkan perkara tersebut kepada Zoe kerana dia begitu bersungguh-sungguh untuk mengikut tema. - Daily Star

Shrek, kostum

Artikel Lain