suria

Misteri kehilangan lelaki 22 tahun lalu terungkai selepas imej kereta tenggelam dikesan di Google Earth

Imej kereta tenggelam menerusi aplikasi Google Earth merungkai misteri kehilangan William Earl Moldt 22 tahun lalu. Foto Google Earth

MISTERI kehilangan seorang lelaki selepas meninggalkan sebuah kelab 22 tahun lalu, akhirnya terungkai selepas sebuah kereta yang tenggelam dikesan menerusi aplikasi Google Earth.

Rangka William Earl Moldt ditemui selepas seorang lelaki membuat imbasan peta satelit, dan mendapati sesuatu yang kelihatan seperti sebuah kereta yang tenggelam di kolam tangkungan banjir di belakang sebuah rumah.

Bekas penduduk di kawasan kejiranan di Wellington, Florida di Amerika Syarikat (AS) menghubungi pemilik rumah berkenaan dan menjelaskan mengenai penemuannya.

Pemilik kediaman itu kemudian menggunakan dron miliknya dan menjumpai kenderaan di dasar kolam.

Polis kemudian ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan dan kemudian menemui rangka manusia di dalam kereta tersebut.

Rangka itu dikenal pasti sebagai Moldt, seorang broker berusia 40 tahun semasa kehilangannya pada 7 November 1997. 

Moldt yang sepatutnya berusia 62 tahun ini dilaporkan kali terakhir di dalam kereta pada pukul 11 malam, selepas meninggalkan sebuah kelab.

Polis sebelum ini melancarkan siasatan dan pencarian bagaimanapun tidak berjaya.

Penemuan rangka Moldt pada 28 Ogos membuatkan siasatan polis dijalankan semula. - Mirror UK

Artikel Lain