SEORANG wanita tidak dapat mandi selama bertahun-tahun tanpa pengawasan kerana menghidap penyakit sawan atau epilepsi. Brogan Evans, yang tinggal di Birkenhead, Merseyside di United Kingdom didiagnosis dengan penyakit itu ketika berusia 17 tahun. Menurut laporan Liverpool Echo, dia dipetik sebagai berkata, simptom-simptom itu menyebabkan dia tertekan sehingga dia diberikan seekor anjing untuk mengawasinya. Gadis berusia 24 tahun itu bermula dengan sawan separa, yang menutup satu bahagian otaknya dan menyebabkan lengan kanan atau kaki kanannya kejung. Keadaan Brogan semakin lama bertambah buruk dan dia mula mengalami serangan sawan sehingga 14 kali sehari. Simptom-simptom itu bermaksud dia tidak boleh dibiarkan mengambil makanan bersendirian kerana dia sering tercekik. - Mirror UK