suria

Nak ke New York, pemuda menyamar orang tua 81 tahun guna kerusi roda

Seorang pemuda cuba menyamar sebagai seorang warga emas berusia 81 tahun. Foto Central Industrial Security Force

SEORANG pemuda menyamar sebagai seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun, sebagai cubaannya untuk ke luar negara menggunakan pasport seorang pesara.

Penumpang itu berusaha untuk memastikan penyamarannya itu tidak dihidu, dengan memakai jambang putih, cermin mata besar dan menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun, penyamarannya itu belum cukup untuk memperdayakan pegawai imigresen.

Penumpang 'warga emas' dan kelihatan tidak bermaya itu menarik perhatian anggota imigresen semasa dia melalui kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi di India, pada kira-kira pukul 10.45 malam waktu tempatan Ahad lalu.

Berjubah dan serban putih, selipar hitam, lelaki itu cuba menaiki penerbangan ke New York di Amerika Syarikat (AS).

Suspek dikenali pasti sebagai Jayesh Patel berusia 32 tahun. Foto Central Industrial Security Force

Kehadirannya dicurigai semasa ditanya sama ada dia boleh berdiri untuk menjalani pemeriksaan keselamatan.

Pegawai turut mendapati di bahagian akar jambang 'beruban' penumpang itu berwarna hitam.

Malah, dia cuba untuk mengelak daripada memandang pegawai yang menjalani pemeriksaan ke atasnya.

Berdasarkan siasatan, suspek dikenal pasti sebagai Jayesh Patel berusia 32 tahun, berasal dari Gujarat, India.

Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada jabatan imigresen. - Mirror UK

kantoi, pasport, New York

Artikel Lain