suria

“Tak keterlaluan, ia kelihatan bijak” - Ibu tak setuju sekolah halau anaknya kerana skirt terlalu singkat

Libby (kanan) bersama ibunya, Donna.

SEORANG pelajar, Libby Taylor-Ford mendakwa dihalau dari sekolah sebanyak enam kali kerana memakai skirt singkat.

Berlaku di sebuah sekolah tinggi di Cardiff, United Kingdom (UK), skirt yang dipakai gadis itu berada pada paras tiga inci atas kepala lututnya.

Menurut ibu Libby yang dikenali sebagai Donna, dia membeli tiga skirt secara dalam talian untuk anaknya.

Selain dihalau kerana skirt, Libby juga pernah dihalau kerana seluar yang dipakainya.

"Anak saya kurus, jadi kepanjangan skirt berubah. Anak saya sudah dihantar pulang ke rumah enam kali disebabkan skirt.

"Saya rasa apa dia pakai tak keterlaluan. Ia kelihatan bijak," ujar ibunya.

Tambah wanita itu, pihak sekolah sepatutnya memberi fokus kepada aspek pendidikan, bukannya pakaian. - Daily Star.

Artikel Lain