suria

Tak sangka boleh hamil, pasangan terkejut lihat wajah misteri dalam foto imbasan bayi

Muncul wajah misteri dalam imbasan bayi pasangan itu.

PASANGAN ini sama sekali tidak menyangka mereka akan menerima cahaya mata.

Kata Britainy Clark dan James Grouvel, doktor memaklumkan bahawa mustahil untuk mereka mendapat zuriat.

Wanita itu disahkan menghidap endometriosis yang mana sel endometrium dari rahim berkembang di kawasan lain dalam tubuhnya.

Setelah berjaya hamil, mereka ada membuat imbasan bayi sebelum dikejutkan dengan satu wajah misteri.

"Saya hantar gambar itu kepada ibu dan emak saudara kerana rasa ada sesuatu yang pelik.

"Mereka berdua pun nampak ada wajah lain," ujar Britainy.

Kata ibunya pula, ia merupakan petanda selepas dia mengalami nasib malang dalam hidup. - The Sun.

Artikel Lain