suria

Tak mampu beli susu, ibu beri bayi 14 bulan minum kopi 3 botol sehari

Hadijah kelihatan sihat meskipun diberikan kopi sebanyak tiga botol sehari. Foto Kompas.com

SEORANG ibu memberikan minuman kopi sebanyak tiga botol sehari kepada bayi perempuannya yang berusia 14 bulan kerana tidak mampu memberikan susu.

Bayi bernama Hadijah itu kini ketagih susu, dan ibunya mengakui anaknya itu tidak akan tidur sekiranya tidak dapat meminumnya.

Kanak-kanak dari Sulawesi Barat, Indonesia itu dikatakan aktif dan sudah boleh berjalan sendiri.

Tingal di kampung Tonro Lima, kanak-kanak itu mula meminum kopi sejak berumur enam bulan kerana ibu bapanya, Sarifuddin dan Anita tidak berkemampuan.

Bercakap kepada media Indonesia, Anita berkata, upah dia dan suaminya memproses buah kelapa tidak mencukupi.

Keadaan itu menyebabkan mereka mula memberikan Hadijah dengan minuman kopi sejak usia kanak-kanak itu enam bulan. - Daily Star



bayi, kopi

Artikel Lain