SEORANG lelaki terpaksa menunda perkahwinan gara-gara pembedahan di bahagian kepala hampir membunuhnya. Danny Mangus terpaksa menerima hakikat kepalanya 'kemik' selepas pembedahan membuang darah beku dalam otaknya. Dia hilang keupayaan sebelah badannya dan terpaksa tinggal di hospital untuk menunggu pembedahan bagi membaiki 'kerosakan' di bahagian tengkoraknya. Danny terpaksa menangguhkan perkahwinan dengan tunangnya. Dia bakal mengahwini tunangnya Clementine Harriman yang dikenali dua tahun lalu. "Kami bertemu dua tahun lalu ketika saya melawat London dan menghabiskan masa selama 10 hari dengannya. "Kemudian dia pula terbang ke Amerika, kami berulang-alik. Inilah cinta pandang pertama. "Saya terbang ke London sebelum dia menjalani pembedahan pada Mei lalu dan sepatutnya sekarang kami menghabiskan masa bersama," jelas Harriman. - metro.co.uk