SEORANG penari balet wanita bertindak menyepak bahagian alat sulit seorang anggota polis di sebuah lapangan terbang. Sewaktu kejadian, dia tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana disyakki berada dalam keadaan mabuk. Dia yang turut melakukan percubaan untuk menggigit anggota polis sewaktu kejadian itu kini dipenjara selama dua bulan. Kejadian melibatkan Daiana Andreas Rivera berlaku di Lapangan Terbang Heathrow, London. Sewaktu kejadian, wanita berusia 33 tahun itu sedang menunggu penerbangan ke negara asal, ke Madrid, Sepanyol. Dia mula bersikap ganas apabila gagal menemui pasport dan mengamuk apabila dimaklumkan dia sedang mabuk. Dia juga ditemui bersama sebilah pisau. Namun, ia tidak digunakan semasa pergelutan itu. Dia dipenajara dua bulan atas kesalahan menyerang polis dan memiliki pisau. - Daily Star.