FOTO seekor singa dalam keadaan kurus dan tidak bermaya ternyata mengejutkan ramai. Dua singa malang itu kini berada di Zoo Liaoyang, China. Malah, orang ramai turut menzahirkan kebimbangan sekiranya haiwan itu menjadi mangsa penderaan. Dalam pada itu, jurucakap zoo berkenaan bagaimanapun menafikan hal tersebut. Ujarnya, dua haiwan itu dibeli daripada pembekal sarkas. Pihak zoo bersama pasukan veterinar kini sedang merawat dua haiwan itu. Tambah mereka lagi, haiwan itu boleh bergerak dan makan secara normal biarpun kelihatan seperti sakit. - Daily Star.