TIGA kakitangan sebuah sekolah khas digantung tugas selepas didakwa mendera seorang kanak-kanak sindrom down. Pengetua, timbalan pengetua dan pembantu didakwa mendera seorang pelajar berusia 11 tahun. Kanak-kanak itu dibogel dibiarkan setengah jam di kawasan permainan. Levi Blackshaw dirakam ditinggalkan dalam keadaan sejuk tanpa pakaian di Sekolah Stanley, Pensby pada 30 Oktober tahun lalu. Levi bersama ibunya. Dia diberi sehelai tuala dan lapan minit kemudian sepasang seluar pendek diserahkan kepadanya. Levi ditinggalkan selama 22 minit dalam keadaan sejuk dan saksi memberitahu dia menangis seperti seorang bayi. Ibunya, Suzanne Cole berkata, anaknya itu mengalami beberapa masalah penyakit dan sukar bercakap. "Apabila dapat tahu insiden ini, saya terus menangis dan hampir merosakkan kelas. "Saya meminta salinan CCTV dan selepas dua minggu baharu mendapatnya. Apabila tengok, saya dan dia menangis," jelasnya. Timbalan Pengetua Cecilia Maxwell turut disiasat, namun dibenarkan kembali ke sekolah selepas insiden tersebut. -Dailymail.co.uk