suria

Tunabot, robot ikan dicipta khusus untuk aktviti risikan dalam air

Tunabot yang dicipta oleh sekumpulan pakar di Universiti Virginia.

AKTIVITI perisikan bukan sekadar dilakukan di darat, malah ia turut berlaku di bawah permukaan air khususnya di laut.

Maka tidak hairanlah kenapa wujud kenderaan seperti kapal selam pada hari ini.

Terbaharu, sekumpulan pakar membina robot yang diberi nama Tunabot.

Dicipta khusus untuk aktviti risikan, ia mampu bergerak 15 kali dalam masa satu saat.

Malah, ia juga boleh bergerak sejak 60 meter dalam tempoh seminit.

Ia dicipta di Universiti Virginia dan dibuat menggunakan cetakan besi tiga dimensi yang kemudiannya dibalut dengan kulit, persis seekor ikan.

Ia diinspirasikan daripada tubuh serta pergerakan seekor ikan tuna sebenar. - Daily Star.

Artikel Lain