PASANGAN bercinta pada kebiasaannya suka berkongsi pelbagai benda. Selain berkongsi minuman, ada juga yang berkongsi password akaun laman sosial masing-masing. Namun, seorang wanita menarik perhatian warga internet apabila dia berkongsi mengenai sikap tunangnya. Kata Stacey Lowe, lelaki itu memasang pintu keselamatan pada peti di kediaman mereka. Ia susulan tindakan wanita itu yang suka makan makanan milik lelaki itu. Posting Stacey mengenai hal itu menerima puluhan ribu perkongsian di Facebook. Coklat merupakan antara makanan yang disimpan dalam peti khas itu. - Bored Panda.