suria

Pesawat hampir terhempas buat semua penumpang panik, sempat mesej orang tersayang

Penumpang-penumpang pesawat Delta berada di kerusi masing-masing selepas diarahkan jangan panik.

PENGALAMAN buruk buat penumpang-penumpang sebuah pesawat yang dinaiki secara tiba-tiba menurun dalam tempoh tujuh minit.

Pesawat Delta dari Atlanta dalam perjalanan ke Fort Lauderdale pada Rabu namun tiba-tiba menurun dari altitud 39,000 kaki hingga ke 10,000.

Delta berkata penurunan yang tidak dijangka terjadi kerana  'tidak cukup tekanan kabin dalam perjalanan'.

Insiden itu menyebabkan semua penumpang panik dan bimbang dengan nyawa masing-masing.

"Tiba-tiba saya dapat rasakan pesawat turun dengan laju.

DeWoskin sempat menghubungi teman wanita dan keluarga memaklumkan insiden tersebut.

"Penurunan altitud dan pelitup oksigen mula jatuh. Huru-hara berlaku di antara semua penumpang," ujar salah seorang penumpang, Haris DeWoskin.

Tambah DeWoskin berkata, dia mencari teman wanita dan keluarganya memberitahu apa yang berlaku.

"Salah seorang krew pesawat mencapai 'intercom' dan terus berulang kali: "Jangan panik! Jangan Panik!.

"Tetapi sudah tentu keadaan kelam kabut ketika itu, semua penumpang di keliling saya, kami seperti 'hyperventilating."

Pesawat itu mengubah laluan ke Tampa dan mendapat tanpa sebarang insiden.

Pasukan mekanik Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa kini sedang menyiasat pesawat berkenaan. - Dailymail.co.uk

Delta, Pesawat, Menurun

Artikel Lain