suria

Pasangan ambil masa setahun bina khemah impian di perkarangan rumah

Panorama mendamaikan dalam khemah tersebut. FOTO: Zach Both.

RUMAHKU syurgaku, begitulah yang dapat menggambarkan perasaan mengenai setiap individu mengenai rumah masing-masing.

Tidak kira bagaimana bentuk atau apa saiznya, tidak ada rumah lain yang mampu menandingi keselesaan di rumah sendiri.

Begitu juga dengan pasangan Zach Both dan Nicole Lopez yang mana mereka membina khemah yang cukup menarik untuk melengkapi kediaman.

Keadaan dalam khemah itu.

Malah, rekaan dalaman khemah itu juga cukup mencuri tumpuan ramai.

Menyuntik elemen moden, khemah bersaiz 730 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan katil.

Lakaran dalam khemah tersebut.

Ujar pasangan itu, mereka menggunakan wang sendiri sebanyak $65,000 (RM270,000) untuk merealisasikan impian itu.

Ia mengambil masa keseluruhan setahun untuk disempurnakan. - Bored Panda./Zach Both.

Zach Both, khemah, kediaman

Artikel Lain