suria

Sah hamil, wanita saman budak penghantar kerana lewat hantar kondom ke rumahnya

Seorang wanita di China bertindak memfailkan saman terhadap budak penghantar kerana mendakwa dia lewat menghantar kondom yang dipesan, menyebabkan dia hamil. -foto China Press

KITA sentiasa dinasihatkan supaya berhati-hati apabila melakukan hubungan seks kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit kelamin selain mencegah kehamilan.

Tetapi bagaimana jika anda mahukan perlindungan ketika bersama pasangan, tetapi tidak mempunyai kondom?

Seorang wanita dari Xuzhou, wilayah Jiangsu, China memesan kondom dari platform khidmat penghantaran apabila menyedari bahawa kondom yang hendak digunakannya tidak ada dalam simpanan ketika dia mahu melakukan hubungan seks.

Hanya dikenali sebagai Su, wanita itu sedang menonton filem dengan teman lelakinya bulan lalu dan membiarkan saja lelaki itu bermalam di rumahnya kerana hari sudah lewat malam.

Bagaimanapun, ketika hendak tidur mereka mahu melakukan hubungan seks.

Menyedari kondom tiada di rumahnya, Su memesannya melalui khidmat penghantaran dan mengarahkan supaya kondom yang dipesan dihantar terus ke rumahnya.

Aplikasi itu menunjukkan pesanan mengambil masa 20 minit untuk tiba, jadi dia memutuskan untuk mandi dulu.

Tetapi apabila keluar dari bilik mandi, aplikasi itu menyatakan bahawa pesanan itu ditangguhkan penghantarannya kerana keadaan cuaca.

Ketika itu, menurut laporan China Press, Su dan pasangannya tidak dapat bersabar lagi, jadi mereka terus melakukan hubungan seks tanpa kondom.

Apabila budak penghantar menghantar kondom ke rumahnya, ia sudah terlewat 28 minit dari masa penghantaran sepatutnya.

Isu penghantaran lewat timbul sebulan kemudian apabila Su mengetahui bahawa dia mengandung.

Dia teringat kembali bahawa dia hanya sekali melakukan seks tanpa perlindungan bulan lepas.

Akibatnya, dia memfailkan saman 30,000 yuan (kira-kira RM17,600) untuk menampung perbelanjaan kerja, kos pemakanan dan perbelanjaan perubatan.

Tetapi budak penghantar itu enggan membayar apa-apa atas alasan dia 'tidak mahu berurusan dengannya'. -WOB

kondom, saman, hamil

Artikel Lain