suria

Keluarga Steve Irwin bergaduh, kakak dakwa isteri, dua anak asingkan diri

Terri dan dua anaknya didakwa mengasingkan diri daripada keluarga mendiang suaminya.

KELUARGA mendiang aktivis haiwan dan personaliti televisyen Crocodile Hunter, Steve Irwin sudah tidak lagi sebulu sejak kematiannya 13 tahun lalu.

Steve meninggal dunia ketika berusia 44 tahun akibat disengat ikan pari pada 2006.

Kakak Steve, Joy Muscillo mendedahkan keluarga mereka tidak lagi bercakap antara sama lain.

Katanya, isteri Steve, Terri dan dua anak mereka, Robert dan Bindi mengasingkan diri selepas kematian personaliti televisyen popular itu.

Joe memberitahu Daily Mail Australia bahawa situasi itu amat menyedihkan.

Mendiang Steve Irwin.

"Saya menjauhkan diri dari semua itu. Itu amat menyedihkan... perihal keluarga," katanya.

Joy merupakan salah seorang kakitangan Beerwah Reptile Park yang kemudiannya dikenali sebagai Australia Zoo.

Wanita itu turut mendakwa Terri menyingkirkan suaminya dari zoo tersebut pada 2008.

Tindakan itu menyebabkan Joy membuat keputusan untuk meninggalkan zoo tersebut kemudian disusuli anak dan juga bapanya, Bob. - Dailystar

Steve Irwin, bergaduh

Artikel Lain