suria

Wanita sorok mayat ibu dalam tab mandi demi kepentingan peribadi

Paula bakal didakwa atas beberapa kesalahan pada 7 Oktober ini. Foto: Marinette County Sheriffs Office via AP

SEORANG wanita menyimpan mayat ibunya di tingkat bawah rumah bagi tujuan peribadi.

Paula Ann Bergold,59, menyimpan mayat ibunya supaya dia boleh terus mendapat wang kebajikan bulanan Ruby Bergold yang berusia 89 tahun.

Namun pihak jiran curiga selepas sekian lama tidak melihat wanita warga emas itu, lalu menghubungi pihak berkuasa.

Pegawai tiba di kediaman itu dan menyedari seperti ada bau yang kurang menyenangkan dan turut melihat satu nota di pintu rumah Ruby yang menulis “Ruby keluar melawat kawan-kawannya. Paula.”

Malah pihak berkuasa juga turut menemui sejumlah ubat gegat yang diletak di dalam rumah itu.

Paula tiba dirumah itu dan disoal siasat oleh pihak berkuasa dan bertegas bahawa ibunya tidak ada di rumah kerana berada di luar bandar.

Namun pihak berkuasa terus membuat pemeriksaan dan menemui beberapa barang yang mencurigakan seperti ammonium, bahan peluntur dan kapur, namun tidak menemui Ruby.

Akhirnya Paula memberitahu dia tidak membunuh ibunya dan hanya menyimpannya di dalam sebuah tab mandi di tingkat bawah.

Paula ditahan minggu lalu didakwa atas beberapa kesalahan.

Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada 7 Oktober ini. - abcnews.go.com

Simpan mayat ibu, kebajikan

Artikel Lain