suria

Ibu, 2 anak kandung bunuh budak perempuan usia 5 tahun selepas perkosa... buat seks bertiga depan mayat

SR (35) dan 2 anak kandungnya, RG (16) dan RS (14) ketika disoal siasat di Balai Polis Sukabumi, Selasa. Selain membunuh budak perempuan berusia 5 tahun, ketiga-tiga mereka juga melakukan hubungan sumbang mahram. -foto Kompas

TINDAKAN seorang ibu, SR (35), di Sukabumi, Indonesia sukar diterima akal.

SR bersama dua anak kandungnya, RG (16) dan RS (14), bersekongkol membunuh anak angkat perempuannya, NP, yang berusia 5 tahun.

Selain itu, RG dan RS juga memperkosa NP sebelum didakwa membunuh adik tiri mereka itu pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tikam kemaluan awek suami selepas seks bersama dipenjara lapan tahun

Apa yang lebih teruk lagi, SR juga beberapa kali melakukan hubungan intim dengan kedua-dua anak kandungnya yang masih bergelar pelajar.

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga mereka sempat melakukan hubungan seks dekat mayat NP yang baru mereka bunuh.

Mayat mangsa ditemui di sebatang sungai. -foto Detik

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Balai Polis Sukabumi.

Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi mengakui tindakan tiga beranak ini adalah sesuatu yang kejam.

"Lebih zalim lagi, selepas mangsa dicekik, ibu dan dua anak kandungnya melakukan hubungan intim berhampiran mayat NP," kata Nasriadi, Selasa.

Pembunuhan dilakukan selepas RG dan RS merogol NP di rumahnya, di kampung mereka di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi.

NP dibunuh dengan cara dicekik sehingga tidak boleh bernafas.

Peristiwa ini terbongkar setelah mayat NP ditemukan di sebatang sungai di Kecamatan Nyalindung, Kabupaten Sukabumi.

Seorang ibu dan dua anak kandungnya ditahan atas dakwaan merogol dan membunuh budak perempuan berusia lima tahun. -foto Tribun Jabar

Tidak hanya bersekongkol membunuh, SR dan RG malah melakukan hubungan intim setelah membunuh NP.

Nasriadi berkata SR, RG dan RS yang juga suspek pembunuhan NP, sering melakukan hubungan intim bertiga ketika suami SR tidak berada di rumah.

Ini kerana mereka sering menonton video porno dan hubungan itu berlanjutan sekitar dua bulan.

Hubungan seksual antara ibu dan anak ini terbongkar ketika polis menemukan seluar sukan ketika menggeledah rumah suspek.

Pada seluar itu masih ada kesan sperma dan siasatan menunjukkan seluar itu milik RS.

Setelah soal siasat, RS mengaku sebelum memaksa NP melakukan hubungan seks, sempat melakukan hubungan dengan ibu kandungnya pada malam Sabtu.

Ketiga-tiga suspek mengaku sering melakukan hubungan seks malah mereka juga mengaku pernah melakukannya secara bertiga.

"Hubungan asmara dua remaja lelaki dengan ibunya dan adik angkatnya berpunca kerana sering menonton video porno dari telefon bimbit.

"Keduanya berhalunisasi lalu melampiaskannya dengan ibu kandungnya dan adik angkatnya.

"Sayangnya, ibu mereka bukan melarang, malah menyokong. Bahkan turut membunuh mangsa dengan mencekik," ujar Nasriadi.

Tiga suspek kes rogol dan pembunuhan NP didakwa di bawah Undang-Undang tentang Perlindungan Anak.

"Mereka berdepan hukuman penjara lima belas tahun, mungkin lebih," kata Nasriadi. -Tribunnews

rogol, sumbang mahram, bunuh, kejam

Artikel Lain