SEORANG wanita terpaksa duduk di atas sebuah kerusi dipenuhi air kencing sendiri selepas kru kabin tidak membenarkannya pergi ke tandas. Wanita berusia 26 tahun itu dalam penerbangan balik ke Dublin dari Bogota, Colombia bulan lalu. Menurut wanita itu, dia telah beberapa kali merayu kepada kru kabin untuk pergi ke tandas, namun tidak dibenarkan. "Saya meminta kebenaran sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam bahawa saya kecemasan untuk ke tandas. "Mereka juga memaksa saya duduk di tempat sendiri dan tidak benarkan pergi ke tandas,"ujarnya. Malah wanita yang tidak didedahkan namanya itu terpaksa kencing di tempat duduknya dan kekal di situ selama tujuh jam sehingga tiba di destinasi. "Saya dimalukan dan kru kabin tidak mempedulikan saya sepanjang penerbangan tersebut." Tambahnya, ketika tiba di Toronto dia terpaksa menyewa sebuah bilik hotel untuk membersihkan dirinya.- mirror.co.uk