suria

Sepasang suami isteri 'berputih mata' gara-gara ditipu ejen pelancongan, bayar penginapan RM51,528

Ian dan Denise ditipu dengan sebuah agensi pelancongan ketika bercuti di Ibiza.

SEPASANG suami isteri 'berputih mata' apabila tempahan penginapan mewah di Ibiza tidak wujud.

Ian dan Denise Feltham dari Chiswick, London membayar sebanyak £10,000 (RM51,528) untuk sebuah penthouse di pusat peranginan di Sepanyol.

Mereka percaya penginapan itu dilengkapi dengan tab mandi mewah dan lif peribadi untuk ke bilik VIP di Las Boas di Ibiza selepas menempahnya di sebuah lawan web.

Penginapan itu mempunyai 37 prebiu dan status lima bintang sekali gus menjadikan pasangan itu teruja dengan tempahan mereka.

Namun apabila tiba, Ian dan Denise diberitahu oleh penyambut tetamu bahawa tidak ada bilik seperti yang digambarkan.

"Seorang lelaki yang tinggal di situ memberitahu ramai pelancong lain turut mengalami pengalaman sama dan ia merupakan masalah besar," ujarnya.

Malah Ian baharu teringat bahawa syarikat agensi pelancongan yang diupahnya itu tidak memberi sebarang maklumat lengkap mengenai tempahan penginapan yang ditempah setiap kali dia memintanya.

Dia turut mencuba hubungi sayarikat yang berpengkalan di Thailand itu, namun gagal. -metro.co.uk

Tipu, penginapan mewah, Ibiza

Artikel Lain