RAKAMAN dramatik memaparkan seorang lelaki mengemudi jentolak sebelum memusnahkan lori serta kereta mewah milik majikannya. Menerusi kejadian di Bradford, England itu, Darren Verity, 52, dilaporkan marah dan turut berada dalam keadaan mabuk. Malah, dia juga didakwa berada di bawah pengaruh dadah. Menurut pemilik syarikat itu, Darren sudah dipecat dan diberi peluang sebanyak tujuh kali. "Dia datang kerja pada Sabtu tetapi macam tak boleh nak bekerja. Dia balik rumah dan datang semula. "Dia musnahkan kereta saya. Ia mengancam nyawa dan harta benda. "Kami lega tiada kejadian lebih buruk berlaku," ujarnya. - The Sun.