RUMAH terlampau kotor dan haiwan peliharaan dibiarkan kelaparan. Akibat perbuatan itu, Damien Beales, 21, and Robert High, 22, ditahan oleh pihak berkuasa. Menerusi kejadian di Stoneycroft, Liverpool, lima bangkai kucing ditemui, dipercayai dimakan oleh kucing yang kelaparan. Dua pemuda itu akhirnya dipenjara 16 minggu akibat dakwaan mengabaikan haiwan sewaktu dibicarakan di Mahkamah Majistret Liverpool. Mereka juga kini tidak dibenarkan membela haiwan seumur hidup. Dua pemuda itu berpindah dari kediaman berkenaan sebelum pemilik asal datang membuat pemeriksaan. Terkejut dengan keadaan rumah dan kucing yang kelaparan serta ada yang sudah mati, pemilik menghubungi pihak berkuasa sebelum serbuan dibuat pada 1 Mei lalu. - Daily Mail.