suria

Gara-gara terkejut, lelaki tertembak menantu sembunyi dalam semak

Bergan (kanan) maut dilokasi kejadian.

SEORANG lelaki tertembak menantu lelakinya secara tidak sengaja selepas melompat keluar dari semak untuk memberi kejutan sempena ulang tahun kelahirannya.  

Richard Dennis, 61, tertembak mati suami anak perempuannya, Christopher Bergan, 37, pada Selasa di belakang rumah mereka di Gulf Breeze, Florida.

Bergan dilaporkan terbang dari Norway untuk melakukan kejutan sempena hari lahir bapa mertuanya itu.

Dia yang tiba di kediaman bapa mertuanya itu lewat malam bertindak mengetuk pintu belakang sebelum bersembunyi di dalam semak berhampiran.

Namun dia melompak keluar sebaik Dennis membuka pintu rumahnya untuk melakukan kejutan kepada bapa mertuanya itu.

Terkejut dengan tindakan itu, Dennis melepaskan tembakan mengenai hati Bergan dan dia maut serta-merta di tempat kejadian.

Pihak berkuasa berkata Dennis dan seorang saudaranya bergaduh sebelum insiden tembakan itu.

Semasa pergaduhan itu, saudara Dennis menendang pintu rumahnya, kata polis. - Metro.co.uk

Artikel Lain