suria

Ratu Elizabeth II cari pekerja jaga kuda diraja, tawar gaji RM115,654 setahun

Ratu Elizabeth II mencari pekerja menjaga kuda-kuda diraja.

JAWATAN kosong sepenuh masa sebagai 'Liveried Helper' dibuka awal bulan ini bagi mencari individu yang layak bekerja untuk keluarga diraja.

Kemudahan disediakan bersama gaji sebanyak 22,400 paun (RM115,654) setahun ditawarkan kepada mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan ini di Royal Mews, Istana Buckingham.

Tugas utama adalah memastikan kuda-kuda Ratu Elizabeth II diberi latihan secara tetap serta memastikan kesemuanya sedia untuk sebarang istiadat.

Selain itu, tugas memastikan kandang kuda sentiasa bersih bagi memastikan Royal Mews ini berada dalam keadaan terbaik.

Tawaran iklan jawatan di Royal Mews, Istana Buckingham dibuka awal minggu ini.

Calon-calon yang berjaya turut ditawarkan untuk berada dalam istiadat yang dianjurkan bersama pembantu dengan menunggang kuda-kuda tersebut.

Iklan mengenai untuk jawatan tersebut disebarkan di sekitar istana dengan syarat individu yang berminta mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Faedah kontrak termasuk hari cuti selama 33 hari, 15 peratus skim caruman pekerja, makanan dan lain kemudahan disediakan.

Selepas tarikh turup pencalonan pada 10 Oktober, mereka yang berjaya akan dipanggil bagi temuduga pada 21 dan 22 Oktober ini. - mirror.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Lain