POLIS mengesahkan individu yang terlibat dengan kes pembunuhan empat gelandangan di Chinatown, New York telah ditahan. Menurut Detektif Michael Baldassano, kesemua mangsa diserang ketika sedang tidur. Tiga mangsa ditemui di East Broadway manakal seorang lagi di Bowery. Kesemua mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian. Seorang lelaki berusia 24 tahun yang juga dipercayai gelandangan ditahan kerana ada niat membunuh. Berdasarkan kenyataan saksi, suspek memukul mangsa beberapa kali dengan objek logam. - abcnews