suria

Wanita menangis diberitahu kandung kembar tiga -“Kini saya jadi pengadil mereka”

O'Hora berkongsi kisah anak kembar tiga di Instagramnya.

BAKAL ibu menangis apabila diberitahu mengandung anak kembar tiga.

Wanita dari Dublin itu menangis kerana bimbang akan 'merosakkan tanaman' dalam perutnya itu dan sekiranya gagal menjaga dengan baik.

Bagaimana pun dua tahun kemudian Brigid O’Hora sedang melalui fasa baharu bersama kembar tiganya itu.

“Anda mungkin fikir dengan kerja harian, masih di kolej atau jika hadapi peperiksaan boleh memberi tekanan.

“Tetapi saya sekarang juga seperti anda kerana kini menjadi pengadil kepada anak-anak saya.

"Mereka terlalu 'cute' dan hanya Tuhan sahaja yang tahu kelam-kabutnya hidup saya.

“Saya sentiasa bertanyakan diri sendiri... adakah mereka mahu kerepek, suka biskut dan bermain telefon saya?” – mirror.co.uk

Kembar tiga, hidup berubah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain