suria

Empat tahun ‘simpan’ pengepit dalam kemaluan, remaja tak rasa sakit!

Tidak diketahui mengapa pesakit ini memasukkan pengepit kecil dalam kemaluannya. -foto Urology Case Reports/MetroUK

PASUKAN perubatan terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan objek asing dari dalam zakar seorang lelaki.

Pesakit berusia 22 tahun yang tidak dinamakan itu, bagaimanapun mendakwa tidak mengalami kesakitan sejak dia memasukkan pengepit kecil ke dalam urethra (salur kencing) empat tahun lalu.

Doktor menggunakan teknik tekanan pada kedua-dua belah zakarnya untuk memastikan alatan berukuran 2.7 inci itu mengepit, dalam usaha mengeluarkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak serik! Kali ketiga hubungi bomba buang 'gear' tersekat di kemaluan

ARTIKEL BERKAITAN: Chopstick dalam zakar

Jika mereka mengeluarkannya semasa ia dalam keadaan biasa (terbuka), bahagian hujungnya yang tajam boleh merosakkan saluran tersebut.

Tidak diketahui mengapa dia memasukkan alat itu ke dalam dalam alat sulitnya, tetapi sesetengah lelaki memang suka melakukan perkara-perkara seperti ini.

Prosedur tersebut dilaporkan sebagai Laporan Kes Urologi yang menyatakan lelaki itu pergi ke klinik di Arab Saudi di mana dia mendedahkan sejarahnya memasukkan barang logam ke dalam urethranya.

Selain dikaitkan dengan kepuasan seksual, doktor berkata ia juga dilakukan ketika seseorang itu mabuk atau mengalami masalah psikiatri.

Mereka biasanya tidak berjumpa doktor kerana malu dan hanya mendapatkan bantuan rawatan jika berlaku masalah.

Dalam kes ini, pesakit berkata dia tidak mengalami sebarang masalah untuk kencing dan kesihatannya dalam keadaan baik.

Imbasan x-ray mendedahkan di mana letaknya pengepit itu, yang menunjukkan bahagian hujungnya dalam keadaan mengepit tertanam dalam bahagian atas urethra.

Doktor yang merawatnya menulis: "Pada akhir prosedur, tiada kateter uretra dimasukkan, pesakit dibenarkan untuk berehat di rumah.

"Pesakit disarankan untuk menjalani penilaian psikiatri tetapi dia menolak. Pesakit tidak membuat perjumpaan susulan dengan jabatan pesakit luar." -MetroUK

pengepit, zakar, seksual

Artikel Lain