suria

Ibu enggan lapor polis selepas dada ditikam oleh anak gadis sendiri

Paige Gaffney berusia 26 tahun sewaktu dia melakukan perbuatan itu.

KEJAM, begitulah yang dapat menggambarkan sikap remaja perempuan ini yang mencederakan ibunya.

Selain menikam dada ibunya dengan pisau, dia turut menyepak kepala wanita itu selepas satu pergaduhan besar pada Oktober 2017.

"Saya patut tikam lebih dalam," kata gadis itu sebagaimana didedahkan dalam perbicaraan mahkamah.

Paige Gaffney berusia 16 tahun sewaktu kejadian itu dan kini sudah berusia 18 tahun.

Mengalami kecederaan hati akibat tikaman berkenaan, ibunya bagaimanapun enggan membuat laporan polis.

Dia turut menolak rawatan hospital kerana risau anaknya ditangkap.

Gaffney akhirnya mengaku atas pertuduhan itu di Mahkamah Grimsby. - Daily Star.

Artikel Lain