suria

Cincin tunang ibu jadi bahan senda netizen, disamakan seperti tombol pintu

Cincin tunang ini dianggap paling buruk pernah dilihat netizen.

CINCIN pertunangan seorang wanita semasa era 80-an menjadi bahan senda netizen di media sosial.

Gambar cincin tersebut yang dikongsi anak wanita tersebut di Facebook disifatkan sebagai cincin terburuk abad ini.

Lebih memeranjatkan, cincin itu turut disamakan seperti tombol pintu.

Gadis tersebut yang tidak dinamakan mendedahkan ayahnya melamar ibunya dengan cincin tersebut.

Namun cincin itu diserahkan kepadanya ketika dia berusia 18 tahun.

"Ding ding ding kita ada pemenang. Ini cincin paling buruk pernah saya lihat," kata seorang pengguna Facebook.

"Saya minta maaf tetapi secara rasminya, inilah cincin paling buruk di dunia," kata seorang lagi netizen.

Namun netizen turut mendakwa bahawa ibu gadis tersebut amat mencintai suaminya kerana sudi menerima cincin berkenaan.

"Ibu anda sudah tentu amat mencintai ayah kamu. Cinta itu buta," katanya. Dailystar

cincin tunang, tombol pintu

Artikel Lain