PATUNG beruang atau teddy bear sinonim sebagai permainan yang comel untuk kanak-kanak.
Namun, patung beruang yang didakwa dirasuk oleh roh kanak-kanak meninggal dunia kini dijual menerusi gedung dalam talian eBay.
Patung berhantu itu dijual pada harga serendah AS$15 (RM62).
Salah satu patung yang ditawarkan didakwa mempunyai 'semangat' yang membolehkan ia bergerak sendiri.
Satu lagi patung berhantu dijual pada harga AS$16 (RM66).
Ia didakwa mempunyai semangat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Sarah.
Patung beruang Sarah itu dikatakan pernah dimiliki oleh penyiasat paranormal yang sudah meninggal dunia. - Daily Star.