MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat menggambarkan nasib wanita ini apabila dia maut dalam satu kemalangan di taman tema pada Isnin malam. Menerusi kejadian di Firminy, Loire, Perancis, mangsa yang berusia 24 tahun sedang menaiki permainan berputar Sky Flyer sebelum tempat duduknya rosak. Akibatnya, dia terjatuh dari ketinggian 10 meter. Mangsa kedua, berusia 20 tahun mengalami kecederaan di dikejarkan ke hospital berdekatan dan berada dalam keadaan kritikal. "Saya dengar bunyi benda jatuh. Saya lihat mangsa. Saya berlari dan meminta pengendali untuk menghentikan permainan itu," ujar seorang saksi. Tambah saksi lagi, terdapat angin kencang pada waktu kejadian. Pakar turut dihantar ke taman tema itu untuk menyiasat punca sebenar kejadian. - Daily Star.