BERADA dalam penerbangan yang panjang pastinya membuatkan anda rasa penat. Malah, sudah tentu hidangan dalam pesawat juga cukup penting untuk anda dalam tempoh itu. Terbaharu, seorang wanita dikenali sebagai Carolyn mengkritik hidangan yang diterimanya sewaktu menaiki penerbangan British Airways dari Vancouver ke Heathrow. Menyifatkan ia cukup menyedihkan, wanita itu meminta syarikat berkenaan agar memperbaiki mutu makanan mereka. "Ini adalah hidangan sedih sayuran sedih yang dihidangkan kepada saya. "Sanggup kamu makan? Tauhu kosong dengan nasi dan jagung muda dalam tin. Sila buat lebih baik. "Tolong maklumkan pembuat makanan anda, kami bukan arnab," tulisnya di Twitter. Dalam pada itu, British Airways turut memberi maklum balas dan berjanji untuk menyelidik perkara itu. - Mirror.