SEORANG perompak melakukan tindakan yang tidak terduga apabila mencium dahi seorang warga emas, dalam satu kejadian rompakan di Timur Laut Brazil. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), perompak bersenjata itu dilihat bercakap dengan seorang wanita tua sementara rakannya menggeledah premis farmasi berkenaan. Wanita tua yang tinggal bersebelahan farmasi secara sukarela menawarkan untuk memberikan wangnya, namun perompak itu menolak dan berkata mereka tidak mahukannya wang miliknya. Perompak itu kemudian dilihat menepuk-nepuk bahu wanita berkenaan dan memberikan satu ciuman di dahinya. Menurut pemilik farmasi, Samuel Almeida, perompak terbabit menyerbu masuk premis terbabit dan memaksa pekerjanya menyerahkan kesemua wang. Kata Samuel, ketika itu wanita tua berkenaan menghampiri salah seorang perompak dan meminta mereka mengambil wangnya, namun perompak itu menolak dan mencium dahi wanita itu sambil berkata: “Tidak puan, anda hanya perlu diam, saya tak mahu duit anda”. Menurut Samuel, mereka melarikan AS$240 (RM1,003) bersama beberapa barangan lain. Susulan kejadian itu, anggota polis tentera kini sedang giat memburu suspek di kawasan kejiranan terbabit. – Dailymail.co.uk