suria

Nak ambil uri, tapi doktor tarik keluar rahim... ibu muda hanya sempat senyum kepada bayi sebelum meninggal dunia

Keluarga Tepikina mendengar jeritan wanita itu ketika menunggu di hospital. -foto east2west/metroUK

SEORANG ibu muda meninggal dunia selepas pertama kali melihat bayi yang baru dilahirkannya.

Dia meninggal dunia akibat rahimnya ditarik keluar oleh doktor semasa proses kelahiran.

Alisa Tepikina, 22, meninggal dunia dalam 'kesakitan luar biasa' apabila organ dalamannya dikeluarkan, bukannya plasenta bayi.

Doktor berkenaan berdepan hukuman tiga tahun penjara apabila Tepikina koma dan meninggal dunia secara mengejut setelah mengalami serangan jantung dalam kejadian di bandar Nizhneserginskaya, Rusia.

Tepikina hanya sempat senyum kepada anak perempuannya yang baru lahir sebelum pakar obstetrik cuba menarik plasenta dari rahimnya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tersalah mengeluarkan rahim jarang-jarang berlaku dalam kecemasan perubatan.

Didakwa menyebabkan kematian akibat kecuaian, doktor berusia 27 tahun itu disiasat selama enam bulan.

Tepikina meninggal dunia dalam 'kesakitan luar biasa'. -foto east2west/metroUK

Ketua perubatan di hospital berkenaan, Elena Barannikova memberitahu Jawatankuasa Penyiasatan Rusia bahawa pasukan perubatan yang terlibat tidak melakukan 'tindakan ganas' semasa kejadian.

Tetapi tuntutannya ditolak oleh pakar perubatan selepas satu 'analisis lengkap'.

Plasenta Tepikina sepatutnya dikeluarkan secara manual oleh doktor di bawah anestetik, menurut hasil penyiasatan.

Jawatankuasa itu berkata dalam satu kenyataan: "Menarik tali pusat tanpa kawalan atau atau tidak betul membawa kepada rahim songsang sepenuhnya. Organ wanita itu telah ditarik keluar, kemudian dimasukkan semula ketika keadaan sudah terlewat. Doktor yang bertugas tidak tahu tentang komplikasi kelahiran yang mengancam nyawa.

"Hasilnya, bantuan perubatan diberikan dengan kelewatan yang tidak dapat diterima. Rahim dimasukkan semula hanya 4 jam 15 minit kemudian apabila berlaku banyak pendarahan bersama kegagalan jantung."

Saudara-mara Tepikina berkata mereka mendengar jeritannya ketika sedang menunggu di hospital.

Bapanya Dmitry Malyukov, 47, berkata: "Anak perempuan saya menderita, dia menjerit kesakitan tetapi doktor tidak memberi perhatian." -MetroUK

plasenta, uri, rahim, cuai, doktor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain