PENUMPANG yang sedang menunggu di pintu pelepasan digemparkan dengan insiden enjin sebuah pesawat terbakar. Ketika kejadian, penumpang sedang menunggu untuk menaiki pesawart. Rakaman video menunjukkan api marak dari enjin pesawat Asiana Airlines semasa mengisi minyak. Pasukan bomba diilihat memadam kebakaran, dan bahan api turut tumpah ke arah tarmac. Insiden berlaku di Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Korea Selatan pada Jumaat. Ketika itu, pesawat tersebut sedang mengisi minyak bagi penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian dan penumpang dipindahkan dari kawasan pintu berlepas sebagai langkah berjaga-jaga. Penerbangan dengan 495 penumpang itu dijadualkan berlepas pada pukul 2.40 petang waktu tempatan tetapi ditundakan ekoran insiden tersebut. Asiana merancang untuk menggunakan pesawat jenis yang sama untuk menormalkan operasinya dan menjalankan siasatan dan penyelenggaraan terhadap pesawat yang terbakar. - Daily Star