SEORANG ibu muda berusia 27 tahun mati selepas menjalani pembedahan yang disifatkan sebagai prosedur mudah, didakwa gara-gara terlebih ubat bius. Rosemary Abreu, 27, mendapatkan rawatan di Hospital Lincoln, dekat Bronx, untuk membuang cyst di peha kirinya pada 21 September lalu, kata peguam Sanford Rubenstein. Bagaimanapun, ketika prosedur berjalan, Abreu terkena serangan jantung. Ibu dua anak ini diisytiharkan mati pada keesokan harinya. Menurut peguam itu lagi, Abrue dalam keadaan yang sihat sebelum menjalani prosedur berkenaan. “Insiden ini sangat tragik dan boleh diterima. Seorang ibu tunggal dua anak ini tidak patut pergi dengan keadaan sebegini. Dia hanya jalani prosedur mudah iaitu membuang cyst pada paha kirinya sahaja,” kata Rubenstein. Dia percaya punca kematian Abrue sama ada hospital berkenaan terlebih menggunakan ubat bius, atau tidak memantau sebaiknya ubat bius yang digunakan. Keluarga Abrue kini mempertimbangkan untuk menuntut ganti rugi AS $ 50 juta daripada hospital Bronx dan Hospital Kesihatan New York City. - ABC News