suria

Penumpang teksi terkejut, sekumpulan lipas muncul selepas terhidu makanan yang dibungkusnya

Paparan skrin video yang sempat dirakam penumpang berkenaan. -Stomp

TERNAMPAK lipas yang banyak dalam kereta mungkin membuatkan kita berfikir kenderaan itu tidak bersih.

Seorang wanita dari Singapura berkongsi pengalamannya berdepan dengan lipas ketika menaiki teksi pada Selasa lalu.

Menurut laporan Stomp, Ru Ting membungkus makanan dan menahan teksi pada pukul 1.30 tengah hari sebelum melihat beberapa ekor lipas datang ke arahnya dari bahagian hadapan teksi.

Dia berfikir mungkin lipas-lipas tersebut terhidu makanannya dan mula bergerak ke bahagian belakang teksi.

Tidak lama selepas itu, dia melihat dua ekor lipas sudah berada di tempat duduknya di belakang dan Ru Ting sudah tidak tahan berkongsi perjalanannya dengan tujuh hingga lapan ekor lipas.

Ketika dia memberitahu pemandu teksi mengenai lipas-lipas itu, pemandu berkenaan hanya menjawab "betul-betul banyak ke?"

Tidak mahu lipas-lipas tersebut masuk ke dalam makanannya, dia segera membayar tambang dan turun dari teksi.

Sebaik sahaja dia turun dari kenderaan itu, dia melihat seorang lagi 'mangsa' menaiki teksi tersebut!

lipas, makanan, teksi, kotor

Artikel Lain